Tuesday, September 20, 2011

DENGARLAH TANGISAN KAMI! TENTERA YAHUDI MEMPERKOSA WANITA ISLAM!!



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"✿ In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful ✿"

Assalammualaikum
Ya Allah selepas memperdengarkan cerita ini kami dengan cepatnya ingin berkongsi dengan kalian, Betapa tidak tahunya kita sebagai saudara Islam tentang perkara ini! Nauzubillah!!

Mari kita sama-sama membaca al kisah saudari Islam kita sedang menangisi takdirnya itu. Semoga hati antara kita berjihadlah selamatkan mereka!


Gambar menunjukkan salah seorang daripada wanita-wanita Iraq yang menjadi mangsa tentera Amerika.



Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.


-------------------------------------------------------------------
Surat Fatima


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].
Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.
Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telahmenelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.
Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT.

Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telahmemperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu,kakakmu,atau ibumu diperkosakan.!!
Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]


------------------------------------------------------------------


Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.


Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak
mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini.


Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidak dipedulikan.

Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dandi manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?!!


Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh,

seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintu pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini."

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?

BANGKIT MUJAHIDIN! BANGKIT BERJIHAD!!!






Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"
http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Abu_Ghraib

Sumber dipetik:http://fatinhambahina.blogspot.com/2011/06/tentera-yahudi-memperkosa-wanita-islam.html

Sekian wassalam

لا اله الا الله ، محمد رسول الله
"✿ No God But Allah , Muhammad It is the messenger of Allah ✿"
إن اصبت فمن الله وإن أخطأت فمني
✿If I am right, it is from Allah[God]; if wrong, it is from me✿



Credit to :  Wasilahkasihpecintaislam.blogspot.com

Monday, May 30, 2011

Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya Allah...

oleh Hubbul Ilmi...
Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan..bisik hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.




Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia,sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tabah dan relakan sahaja.




Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.



Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.Ketika alpa,ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Tuesday, April 12, 2011

Ketika Cinta Datang Padaku..


Assalamualaikum w.b.t.....for this post..i like to share about a beautiful story...
So...enjoy this lOve stOry..
kalau nk clear baca, just click kt gmbr tu je okeyh..?hehe...







































p/s: Indahnya cinta yg suci bersandarkan hanya pada Illahi,,,mencintai pd yang lebih berhak...huhu...ampuni dOsa2 ku Ya Allah....





Tuesday, March 22, 2011

Memaafkan Untuk Syurga..


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
 -Artikel I luv Islam...(asela..lupa..hehehe)-
SAB, 25 SEP 2010 00:09 | 

Wednesday, March 16, 2011

Lapangkanlah Hati ku Ini...........

Assalamualaikum....

haa..sahabat2 ku..kali ni ana telah mengambil satu artikel pada ana amat istimewa...sama2 la kite hayati..smOga kite mndapat manfaat dari artikel ini.,.insyaAllah..amin....:)




''Eh, ada  mesej baru, masuk.''
''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya perasaan riak itu merupakan syirik kecil yang tanpa disedari, sering terjadi bilamana...'' 
''La, mesej pasal agama lagi! Aku dah agak dah, tak habis-habis nak membebel lagi dia ni. Ish, bosan betul laa! Tak de benda lain ke? Malas betul la aku nak layan dia ni, buat rugi masa, jiwa dan tenaga aku je. Baik aku layan benda lain, lagi best. Taklah buang masa aku cam ni.''
Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.

''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

(Al-'Asr: 1-3)
Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.
''Eleh, cakap macam bagus je, kau pun sama je, tak sempurna. Nak tegur-tegur aku apasal? Sempurnakan diri kau tu dulu, baru layak nak tegur aku.''

Seringkali kita melihat atau mencari ketidaksempurnaan orang yang menegur kita itu dulu baru kita mahu memikirkan mesej yang disampaikan oleh orang tersebut. Itupun kalau kita berlapang hati mahu menerima mesej itu.
Katakan kepadaku, manusia mana yang akhlaknya sempurna selain para rasul dan nabi-nabi yang mana sudah semestinya termasuk juga penghulu sekalian nabi kita, Nabi Muhammad SAW? Nak tunggu manusia yang sempurna akhlaknya wujud di hadapan kita untuk menegur kesalahan kita, baru kita mahu berubah, alamatnya sampai kita berada di liang lahadlah, masih tak berubah.
Wahai diri!

''Lantak kaulah, buang masa aku aje!''

Ingatlah, tiap helaan nafas ini, nak tak nak mendekatkan kita kepada detik kematian. Berapa lama sangatlah kita hidup? 100 tahun? Mungkin. Tapi, ingat, tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya, tak mungkin kita dapat mengecap nikmat mata, oksigen, kaki, mulut, pendengaran, tangan, sehingga tak terhitung nikmat yang diberikan-Nya kepada kita pada masa ini.
Andai kata, Allah tarik salah satu nikmat, katakanlah mata, mampukah kita melihat, embaca buku untuk menjawab exam, membaca Al-Quran, membaca risalah agama? Pada ketika itulah baru datang rasa menyesal yang tidak sudah kerana tidak mahu menggunakan nikmat itu ketika masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya.

''Ya Allah, kembalikanlah aku ke muka bumi, untuk aku membuktikan kehambaanku kepada-Mu.''
Apakah yang telah engkau lakukan ketika hidup dahulu? Ada tak untuk Allah? Untuk Islam?
Dah terlambat. Jika kita sudah dikafankan, dimasukkan ke dalam liang lahad yang hanya sebesar saiz diri kita, hanya sebesar itu rumah kita pada ketika itu, sedangkan semasa hidup dahulu, rumah kitalah yang besarnya mengalahkan gunung juga yang tingginya mencapai langit.
''Mana perginya harta aku yang berjuta-juta itu? Bantu dan temankan aku di dalam kubur yang sempit ini, tolong..''
Tidak sesekali wahai diriku, harta duniawi yang kita kumpulkan itu, tidak dapat menemankan kita di dalam kubur yang lamanya kita berada di dalamnya mungkin lebih lama dari umur 100 tahun yang kita hidup di atas muka bumi itu.

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada dibinasakan, kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah)."
(Al-Ahqaf: 35)


"Dan pada hari terjadinya qiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahwa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran). Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), "Sungguh kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya)."
(Ar-Rum: 55-56)

"Para malaikat dan malaikat Jibril naik kepada Allah dalam sehari yang ukurannya sama dengan 50 ribu tahun (ukuran manusia)."
(Al-Ma'arij: 4)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik (dibawa oleh malaikat) kepadanya dalam satu hari, yang ukuran (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." 
(As-Sajdah: 5)

"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad)agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."
(Al-Hajj: 47)
Bayangkan, betapa ukuran jangka masa yang amat panjang di akhirat kelak.

"Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama."

(An-Naba': 23)

Kenyataannya sekarang, tiga detik saja terkena api, manusia langsung kesakitan.
Setiap manusia akan merasakan betapa sebenarnya hidup di dunia adalah terlalu singkat, bila sudah berada di alam lain. Beruntung kalau balasan itu diberikan kepada manusia beriman, sebab tidak lain itu merupakan kenikmatan yang tiada taranya. Tapi luar biasa ruginya kalau balasan itu diberikan kepada manusia durhaka, sebab tidak lain itu adalah siksaan yang sangat pedih dan sangat lama.
Ingatlah wahai diriku, kita hidup ni ada tujuan, ada matlamatnya. Bukan saja-saja, bukan suka-suka sahaja Allah ciptakan kita.


"Dan Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."

(Adz-DZaariyaat: 56)

Kita di wujudkan dari tiada kepada ada. Maka, katakanlah, adakah mustahil bagi Allah untuk membangkitkan kita dari tulang-belulang yang hancur semasa di dalam kubur kepada manusia yang sempurna untuk dihisab di hari penghisaban nanti?


"Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

(Al-Rum: 27)


"Engkau pernah makan lepat ubi kat restoran secawan kopi? Rasanya sedap."
"Kau yakin ke memang sedap? Pernah rase ke kat situ?"

"Aku pun tak berapa pasti betul ke tak penyataan tu. Tak pernah pulak aku makan, aku dengar cerita dari orang lain je, hehe."
"Laa, cakap macam pernah rase, apa laa kau nie."

Nah, jika kita tak cuba merasai sendiri, bagaimana mungkin kita mengetahui dengan yakin dan pasti seterusnya mengalami sendiri bahawa Islam itu manis, indah? Cubalah belajar untuk memahami ajaran Islam yang datangnya dari Allah, yang Maha Mengetahui akan kehendak dan kelemahan yang dimiliki oleh hamba ciptaan-Nya. Cuma kita yang kadangkala tidak mahu membawa diri kita dekat kembali kepada-Nya.


Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita gersangkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta mentaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu.


"Aku nak belajar kat United Kingdom lepas ni, kalo bleh kat Universiti Oxford, tajaan JPA.''
"Kau dah mohon ke, Adam?"

"Belum lagi, takpe banyak lagi masa.''
"Result kau mesti gempak punye kan? Kalau tak mesti kau tak de angan-angan nak minta."
"Eh tak de la, 2A je. Hehe."
"Haha, 2A je? Aku lagi banyak, 3A. Jangan harap la kau nak dapat, sebab dah la tak cukup syarat, tak mintak pulak tue. Confirm, tak dapatnye."
"Ye ke? Macam tu rupenya ye? Sedihnya aku."

Begitulah perumpamaan hidup ini antara kita dengan Allah, jika kita tidak minta kepadanya, disamping tidak cuba berusaha memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (melaksanakan hukum-hukum agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis), perlukah Allah melayan kita jika kita tak meminta kepada-Nya, tapi kita pergi minta kepada makhluk-Nya? Siapa lagi hebat, makhluk ciptaan-Nya atau Allah Pencipta makhluk tersebut? Fikir-fikirkanlah, wahai diriku.
Jika sewaktu hidup di atas muka bumi ini, cita-cita mahu menjadi seorang chemical engineer, seorang pendidik atau usahawan yang berjaya, bagaimana pula cita-cita untuk hari akhirat nanti? Mahu menjadi ahli syurga atau ahli neraka, wahai diri?
Seimbangkanlah dunia dan akhiratku, wahai diri. Jika ilmu dunia sanggup ku tagih dan ku gapai walau berjuta rintangan menanti di hadapan demi mencapai dean list, bagaimana pula akhiratku? Tidak mahukah aku menjadi deen list juga di sisi Allah?
Ketahuilah bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. Yakinlah bahawa Allah sangat suka hamba-Nya memohon kepada-Nya. Bagaimana kita dapat mengecap nikmat syurga yang mana ada mahar atau bayaran yang bukan sedikit, wahai diriku.
Tapi yakinlah, rahmat Allah terlalu banyak untuk orang yang beriman kepada Allah. Rahmat Allah itu amat dekat kepada orang yang berbuat baik.


"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan."

(Al-A'raaf: 56)

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik."
(Ar-Ra'd: 29)

Andai kata sewaktu kita di atas muka bumi lagi kita sudah give up dalam berusaha untuk memasuki syurga Allah, bagaimana di akhirat nanti? Sewaktu buku amalan dibentangkn di hadapan kita? Adakah diserahkan kepada kita dari sebelah kanan atau kiri?

"(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya mereka akan membaca catatannya (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun. Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)."
(Surah Al-Israa': 71-72)

Siapalah aku untuk cuba memahami sifat manusia yang tidak mahu menerima? Kerna yang Maha Memahami hanya satu, Allah yang Maha Mengetahui. Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita tak menjumpainya kerana kita tak mencari. Tidak ada istilah pencen dalam menuntut ilmu agama. Tanpa ilmu (agama), seseorang agak sukar untuk mendapatkan hidayah Allah.


"Dan orang-orang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepada-Nya".

(Surah Ar-Ra'd: 27)

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-an'am: 82)

Siapa yang menciptakan segala perasaan dalam hati kita? Allah. Kebahagiaan? Allah. Ketenangan? Allah. Subhanallah, jika kita betul-betul kenal Allah, Pemilik segala sesuatu, pasti kita akan mencintainya melebihi segala-galanya, tak kenal maka tak cinta, dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. Subhanallah.



Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya untuk-Mu..Ya Allah..





Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:


"Aku bergantung pada persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Aku pasti bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Maka jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebutnya dalam Diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu jamaah, Aku akan menyebutnya dalam suatu jamaah yang jauh lebih baik daripada mereka, jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari."
(Muttafaq-A'laih)
Sesungguhnya, Allah tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji-Nya.