Saturday, February 19, 2011

Kerana Aku Bukan Muslimah yang Baik..Aku ingin Perbaiki Diriku ini...


AKU BUKAN MUSLIMAH YANG BAIK..

بسم الله الرحمن الرحيم

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an..
aku sibuk mendengarkan lagu-lagu yang tak membuat aku makin dekat dengan-Nya..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah S.W.T..
aku malah asyik mengahafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya..
aku malah merasa rimas dengan jilbab yang terlalu panjang..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya..
aku malah sibuk dengan urusan dunia yang menjarakkan lagi dengan-Nya..





aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan gambar mereka..
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar dapat dilihat oleh semua orang..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya..
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku..





aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya..
aku malah terbiasa duduk berbual dengan budak lelaki..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat..
aku pula suka bergOsip dan mengumpat tentang orang lain..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik..
aku pula sering menyakiti hati orang lain dengan kata-kata ku..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantikkan hati dan akhlaknya..
aku lebih asyik memperhatikan tubuh badan dan muka ku je..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah..
aku lebih memilih untuk selalu mengenyangkan perut ku..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya..
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya..
aku lebih memilih untuk bersantai dan menonton tv di rumah..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya..
aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja..

aku bukan muslimah yang baik..
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun..
aku malah semakin lalai dengan hal dunia ini..





aku memang bukan muslimah yang baik..

Namun, aku berharap agar dapat menjadi seperti muslimah lain yang senantiasa beristiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-Nya....Ya Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.
Semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu...Amin ya rabbal alamin...

SUMBER : www.salam.ui.ac.id

Monday, February 14, 2011

jOm jaga aurat kita sama2..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar sorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, tundukkan pandangan matamu. Jika muslimah itu telah menutup auratnya dgn baek, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….




p/s: artikel ni sy lupa dh ambik kat mna...kepada author dia,,maafla x "cite"..dek kerana mls nk tulis..sy copy paste je artikel ni utk  renungan n ingatan bersama,,,sy mohon maaf gak...xtaw la betOl ke x sal ni,..tp yg paling utamanya...jOm kite jaga aurat kite sama2 ea..!! hehe..khalas..

Friday, February 11, 2011

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?


KHA, 03 FEB 2011 22:20 | ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN | EDITOR: TEAM AGAMA





Ustaz, saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.


Jawapan Ustaz :
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.
Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
1.    Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif
2.    Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi
3.    Masih ber 'boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang 'ustaz' atau seseorang yang 'jaga solat lima waktu'.
Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.
Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, 'bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki 'soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun 'tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.







Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain Firman Allah : "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui.. amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.  
Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).


Biodata Kolumnis
Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan lulusan B.A. (Hons) Usuluddin, dan M.A. Shari'ah, Universiti Yarmouk,Jordan. Kini beliau sedang menyiapkan pengajian PhD dalam Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); di samping Penasihat Syariah di C&S Consulting & Investment Ltd., OSK Investment (Islamic) Bank Bhd. dan Standard Chartered (Sadiq) Bank (M) Bhd. Beliau menulis di www.zaharuddin.net.