Saturday, January 1, 2011

Suke nangis..??? Nangisla....:)

Menangislah...sahabat2ku...



Jangan menangis hanya untuk menunjuk-nunjuk tapi menangislah kerana dosa yang semalam..

Dalam suatu kesempatan, Rasulullah SAW bersabda, ''Wahai manusia, menangislah! Jika kalian tidak mampu menangis, pura-puralah kalian menangis. Kerana sesungguhnya penduduk neraka akan menangis di neraka, hingga air mata tersebut seolah-olah terbentuk aliran sungai di wajah mereka.''
(HR Abu Ya'la).

Secara ringkasnya, hadis di atas dapat ditafsirkan bahwa menangis di dunia lebih baik daripada menangis di neraka kelak. Menangis merupakan benda yang sering kita jumpai dalam kehidupan ini, bahkan sering kita alami sendiri. Menangis adalah ekspresi seseorang yang menggambarkan suasana hatinya, sama ada berupa ekspresi kesedihan ataupun kebahagiaan. Sering kan kite menangis sebab gaduh dgn awek@pakwe, stress dengan umpatan dan ejekan orang, first time dapat result gempaq ke..tapi pernah x kite berfikir?ada x dlm masa kite nangis sebab hal2 camtu, pernah kite menangis sebab dosa2 kite, takut pada kemurkaan Tuhan, syukurnya dgn nikmat-Nya yang di anugerahkan pada kite..? Caya x..zaman sekarang ada ramai yang malu untuk menangis..malu pada umum yang melihat dia nangis sobb..sobb " ,x pun kerana ego yang menggunung..betul ea??hahaha..

Lantas, menangis seperti apa yang disukai oleh Allah SWT dan memberikan manfaat kelak di akhirat? Jawapannya: menangis kerana Allah s.w.t dan untuk-Nya semata-mata..



Rasulullah SAW bersabda, ''Siapa saja yang berzikir kepada Allah kemudian mengalir air matanya hingga menitis ke tanah disebabkan oleh rasa takutnya kepada Allah, nescaya Allah tidak akan menyiksanya pada hari kiamat.'' 
(HR Al-Hakim).,





Indahnya jika tiap2 ari kite dapat menangis di tikar sembahyang untuk menginsafi diri yg dah banyak bersalut dengan maksiat dan dosa dan takutnya pada Yang maha Mengetahui..

Taw x??sebenarnya orang menangis jarang dianggap sebagai orang yang lemah peribadi ataupun imannya kerana menangis dalam Islam dapat diertikan sebagai proses ataupun bentuk penghayatan dan pendalaman ibadah yang sedang dilakukan.
Menangis macam itulah yang sering dipraktikkan oleh para Nabi dan Rasul, serta para ulama dalam mendekatkan diri kepada Sang Khaliq.


Jika tangisan tumpah kerana Allah s.w.t, maka ia termasuk perbuatan mulia, sebagaimana sabda Rasul, ''Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan dari Allah pada saat tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.''

Apa itu? Rasulullah menyebutkan salah satunya adalah seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sunyi dan tiba-tiba menitiskan air mata. Ertinya, menangis dalam kesunyian lebih memungkinkan timbulnya keikhlasan dalam diri...

Lain halnya ketika tangisan tumpah di tempat awam, atau ketika mendengarkan lagu yang sedih dan jiwang2, mungkin saja tangisan tersebut tidak ditujukan kepada Allah SWT, melainkan lebih disebabkan oleh suasana sedih...Oleh itu, mari kita hiasi mata ini dengan tangisan mesra kerana Allah s.w.t.. Tangisan yang akan membawa pada kebahagiaan di akhirat kelak dan mendekati kepada Maha pencipta,Allah S.W.T..





Soalan terakhir la kan...Untuk mainan otak anda..
Dalam kehidupan sehari-hari, pernah x kita menangis mengenangkan sifat yg hanya "indah di mata manusia,tapi tidak pada tuhan"..knp??asenya penampilan dan bicara kite seharian timbul kemurkaan Allah s.w.t tak??hmm..jom renung bersama..

                                                       (Ali Rif'an,2010)

p/s : artikel ini di ubah suai mengikut gubahan ana..maaf la lau ada kesilapan dlm penulisan di atas...sama2 la kite saling nasihat-menasihati k..tidak ada yg ruginya..sekian..yang baik drp Maha Pencipta, yang buruk dari yang dicipta..(ana ler 2)..hehe :)

No comments:

Post a Comment